PULAU PINANG 7 Mac – Kerajaan negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu pengusiran 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pengusiran penyewa terbabit tidak akan membuatkan masalah membabitkan isu perumahan PPR itu selesai. “Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi alasan ada 400 pemohon lain menunggu, tapi sebenarnya adakah rumah PPR kepada rakyat negeri ini mencukupi.…










