Kerajaan bangun 870 pusat internet seluruh negara - Utusan Malaysia

Kerajaan bangun 870 pusat internet seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Mac – Kerajaan telah membangunkan sebanyak 870 pusat internet di seluruh negara terutama di kawasan yang kurang mendapat liputan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini memberitahu, keahlian pusat tersebut kini mencecah 590,000 orang dengan 57 peratus daripadanya terdiri daripada golongan pelajar.

Jelasnya, di samping memberi kemudahan kepada pelajar, pusat tersebut turut melaksanakan program membantu usahawan tempatan bagi mempromosikan produk mereka ke pasaran yang lebih luas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 16,393 golongan usahawan dalam talian telah mengambil bahagian dalam program pembangunan yang dijalankan di pusat berkenaan.

“Mereka juga menikmati peningkatan pendapatan sehingga 60 peratus menerusi perniagaan dalam talian selain permintaan terhadap produk yang semakin bertambah,” jelasnya di sini hari ini.

Sebagai sebuah pusat latihan teknologi maklumat, SKMM menyatakan, pusat internet turut berperanan melatih golongan muda dan warga emas memperkasakan kemahiran asas komputer bagi mendedahkan mereka kepada maklumat penting.

Selain itu jelasnya, pusat berkenaan turut menyediakan khidmat nasihat penggunaan aplikasi e-kerajaan bagi memudahkan masyarakat luar bandar mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.

“Selain itu dalam usaha memupuk kemahiran coding dan robotik bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0, SKMM merancang untuk mempergiatkan program ‘myMaker’.

“Program tersebut merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik menggunakan Internet Of Things,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini