JAKARTA 18 Mac – Duta Canberra, Australia di Indonesia, Gary Quinlan menyatakan kenyataan Senator Queensland, Fraser Anning yang mendakwa insiden serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand adalah disebabkan kebanjiran penduduk Muslim di negara itu tidak mewakili sentimen kerajaan atau kepimpinan Australia.
Lapor AFP, beliau berkata demikian kepada Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dalam satu pertemuan di pejabat menteri itu di sini hari ini.
“Indonesia sebagai sebuah negara majoriti Islam mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Anning itu. Kita mengutuk apa bentuk serangan tidak kira di New Zealand atau tempat lain,” katanya dalam ciapan akaun Twitter miliknya hari ini. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











