PUTRAJAYA 16 Mac – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kenyataan Senator Australia, Fraser Anning berhubung serangan di Christchurch, New Zealand semalam adalah sangat hina dan menjijikkan. Saifuddin berkata, kenyataan Anning secara realitinya menafikan bahawa kejadian tembakan di Christchurch itu adalah tindakan pengganas terhadap komuniti muslim yang tidak bersalah di tempat suci untuk beribadat. Katanya, tindakan pelaku dalam kejadian terbabit adalah sangat tidak wajar dan secara dasarnya dia telah didorong…










