KUALA LUMPUR 1 Mac – Selepas memberikan segala yang termampu, nasib tidak menyebelahi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang untuk mengulangi pencapaian terbaiknya apabila sekadar berada di kedudukan ketujuh acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Poland, pagi tadi. Kemalangan yang dialami ketika pusingan pertama sedikit sebanyak menjejaskan rentak kayuhan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, terutamanya dari segi pernafasan kesan daripada impak di bahagian rusuk…










