KUALA LUMPUR 18 Mac- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bakal mewujudkan kebun komuniti berpusat di kawasan tanah lapang Lingkaran Seroja, Bukit Beruntung setelah jawatankuasa ditubuhkan. MDHS dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, jawatankuasa itu terdiri daripada penduduk Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung yang berminat untuk menjadi komuniti. “Oleh itu, pihak majlis mengalu-alukan penduduk untuk menyertai program ini. Borang penyertaan boleh diambil di Jabatan Landskap, kaunter pertanyaan dan laman sesawang MDHS www.mdhs.gov.my. “Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi talian 03 60641726 atau 0194216921,” menurut laman web tersebut.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya