SHAH ALAM – Sebanyak RM742, 000 dana berjaya dikumpul bagi membantu pesakit buah pinggang menerusi program kayuhan basikal Amal, Mahabbah Cycling 2019 hari ini.
Program tersebut merupakan anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin, berkata, program kayuhan sejauh 12 kilometer bermula dari Masjid Al Islah di sini adalah sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut setiap bulan Mac setiap tahun.
Katanya, kayuhan Amal itu berjaya menarik menarik 500 penyertaan termasuk para peserta di kalangan pesakit buah pinggang.
“Objektif program bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pembelian mesin-mesin hemodialisis yang baru di Pusat Hemodialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang sering mengalami kerosakan.
“Kesemua dana itu hasil sumbangan LZS dan syarikat korporat,” katanya kepada pemberita selepas Program Kayuhan Basikal Mahabbah 2019.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyertai program kayuhan amal itu.
Mengulas lanjut, Bakhtiar menjelaskan sebanyak 48 mesin hemodialisis dan empat buah mesin air suling sedia ada di enam cawangan Pusat Dialisis MAIS perlu ditukar kerana telah digunakan lebih 10 tahun.
“Kesemua mesin itu mampu dimanfaat sehingga 270 pesakit keseluruhannya dan penukaran mesin itu mampu mempertingkatkan proses rawatan kepada para pesakit buah pinggang,” katanya. – K! ONLINE











