Kawasan dilanda ribut di Putrajaya dibersihkan - Utusan Malaysia

Kawasan dilanda ribut di Putrajaya dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerja-kerja pembersihan di kawasan yang dilanda ribut luar biasa di sini petang semalam hampir 60 peratus siap setakat tengah hari tadi.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dan pembersihan kawasan itu bermula pukul 6 petang dan berakhir 3 pagi.

Beliau berkata, operasi itu turut melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Alam Flora Sdn. Bhd..

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak tiga jentera skylift, lima buah lori, satu kren dan dua mesin perincih daripada PPj digunakan dalam operasi bersepadu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, kejadian tersebut menyaksikan sebanyak 122 pokok tumbang, 115 pokok sekah selain lima tiang lampu tumbang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini