Kastam Thailand rampas pelbagai barangan - Utusan Malaysia

Kastam Thailand rampas pelbagai barangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 8 Mac – Jabatan Kastam Thailand telah merampas pelbagai barang termasuk barangan mewah yang diseludup, produk palsu dan dadah bernilai kira-kira 598.62 juta baht dalam tempoh lima bulan lepas.

Jurucakap Jabatan Kastam Thailand, Chaiyuth Kamkoon berkata, rampasan itu termasuk 17,659 keping barang mewah yang diseludup bernilai 166.618 juta baht dan 110,322 keping produk tiruan bernilai 121.730 juta baht, dari Oktober tahun lepas hingga Februari tahun ini.

“Pegawai kastam juga merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin, kokain dan pil Yaba bernilai 137.914 juta baht,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam beberapa operasi di negara itu, Chaiyuth berkata, pegawai kastam juga merampas rokok diseludup bernilai 60.946 juta baht; 12,216 botol minuman keras diseludup bernilai 4.2 juta baht dan 991,476 liter bahan api bernilai 23.21 juta baht.

“Kami juga mematahkan percubaan untuk menyeludup spesies haiwan dilindungi yang disenaraikan di bawah ‘Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora’ (CITES) bernilai 40.39 juta baht.

“Jabatan Kastam akan meningkatkan usaha untuk memerangi kegiatan melambakkan barangan diseludup dan produk tiruan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini