KOTA TINGGI 27 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki setelah bersauh tanpa kebenaran di perairan negara pada kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika di Tenggara Tanjung Penyusop, Pengerang pagi tadi. Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki tanpa muatan berbendera Indonesia itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang dalam Op Jaksa pada 11.50 pagi. “Kapal tangki tersebut…










