Kapal latihan KCG adakan lawatan empat hari ke Malaysia - Utusan Malaysia

Kapal latihan KCG adakan lawatan empat hari ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG – Kapal latihan Pengawal Pantai Korea (KCG) tiba di Terminal Boustead Cruise Centre Klang, Pulau Indah di sini dalam rangka lawatan selama empat hari ke negara ini.

Kapal yang membawa kira-kira 116 kru termasuk pegawai diketuai Pengarah Latihan KCG, Senior Superintendan Ko Myung Suk tiba di jeti berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi. 

Ketibaan mereka disambut Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) KDNKA Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zainal Abidin berkata, semasa lawatan empat hari tersebut, KCG akan mengadakan latihan bersama Pasukan Polis Marin selain mengadakan beberapa perbincangan bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua buah negara.

“Kunjungan KCG ke Pelabuhan Klang ini adalah destinasi kedua mereka selepas Jakarta, Indonesia yang mana mereka berlepas dari Korea pada 28 Februari lalu.

“Selain sebagai kapal latihan, kapal ini juga berupaya melakukan operasi bagi mengawal dan mempertahan sebarang ancaman di lautan mereka. Oleh itu saya juga telah mengadakan perbincangan supaya kita boleh menjalinkan kerjasama G2G (Goverment to Goverment) supaya pihak marin (PPM) mampu memiliki kapal seperti ini kelak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Program Capacity Building dan Kunjungan Hormat KCG di Terminal Boustead Cruise Centre Klang, Pulau Indah di sini hari ini. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April depan, Zainal berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia dan akan memberikan bantuan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Menurutnya, KDNKA akan berhubung dengan  IPkK Negeri Sembilan serta daerah berkenaan untuk mengenal pasti jumlah keanggotaan yang diperlukan.

“Kita akan menggembleng jumlah keanggotaan berdasarkan keperluan. KDNKA mengambil hal ini sebagai tanggungjawab dalam menentukan berapa banyak kekuatan anggota yang diperlukan di kawasan itu (Rantau).

“Buat masa ini saya difahamkan penugasan anggota untuk PRK berkenaan menggunakan sepenuhnya anggota dan pegawai daripada IPK Negeri Sembilan, “ujarnya.

Walaubagaimanapun katanya, Bukit Aman sentiasa bersedia dari pelbagai sudut termasuklah bantuan daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Setakat ini jumlah keanggotaan yang ada ini adalah mencukupi bagi polis menangani isu serta perkara yang timbul sepanjang proses pilihan raya berlangsung,”tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini