CALIFORNIA 28 Mac- Seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas dua ekor anjing Rottweiler menyerangnya di kediaman neneknya di sini, baru-baru ini. Ketika kejadian, Jaysiah Chavez, 2, berada di sebuah taman di kediaman yang terletak di Fresno sebelum kedua-dua ekor anjing tersebut menyerangnya. Chavez disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Nenek kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan cucunya daripada serangan tersebut. Menurut polis, kedua-dua ekor anjing berkenaan berjaya ditangkap dan telah dihantar kepada Pertubuhan Pencegahan Keganasan Terhadap Haiwan untuk dimatikan.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya