HULU SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki maut akibat lemas ketika bermandi-manda di kolam renang sebuah kelab golf di Bukit Beruntung, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian menimpa mangsa disedari oleh orang ramai kira-kira pukul 9.40 pagi yang kemudiannya cuba untuk memberikan bantuan awal. “Mangsa, Muhammad Daniel Salehuddin, 9, menetap di kelab golf berkenaan bersama ahli keluarganya yang berasal dari Masai, Johor.…