'Kamen Rider' pilih isteri orang Tumpat - Utusan Malaysia

‘Kamen Rider’ pilih isteri orang Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 8 Mac. – Tindakan seorang pemuda yang mengenakan sut cosplay watak Kamen Rider Faiz pada sesi fotografi sempena majlis perkahwinannya pada 8 Febuari lalu tular di media sosial selepas gambar itu dimuat naik malam semalam.

Alif Hakim Azhar, 27, berkata, dia sama sekali tidak menyangka gambar yang dimuat naik di akuan twitter miliknya itu telah mencuit hati warganet sekaligus berkongsi detik-detik indah pasangan itu.

Alif Hakimi Azhar dan isteri.
Alif Hakimi Azhar dan isteri. 

Menurutnya, dia berbuat demikian sebagai tanda menzahirkan minatnya terhadap adiwara dari negara matahari terbit itu pada hari yang cukup bersejarah dalam hidupnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, bila saya bagi tahu isteri, Nor Afizam Mohd Utama, 25, untuk pakai cosplay Kamen Rider Faiz dia terus memberikan sokongan.

“Begitu juga dengan keluarga kerana mereka sudah memahami minat saya terhadap adiwira itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alif Hakim yang bekerja sebagai kerani pentadbiran di Pasir Pekan di sii memberitahu, dia membelanjakkan RM3,000 untuk melengkapkan keseluruhan cosplay watak tersebut.

 Katanya, melalui cosplay itu juga dia turut terlibat dengan kerja-kerja amal mengutip derma bagi memantu golongan yang memerlukan.

 “Saya harap usaha murni ini terus mendapat sokongan daripada keluarga dan masyarakat,” ujarnya yang merupakan salah seorang ahli Cosplay Kelantan.

 Kamen Rider Faiz merupakan siri adiwira yang popular di Jepun pada tahun 2000.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini