Kalahkan Bayern, Reds lebih ‘bertenaga’ - Utusan Malaysia

Kalahkan Bayern, Reds lebih ‘bertenaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Mac – Legenda Manchester United, Gary Neville percaya, perjuangan Liverpool untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini akan lebih menyala jika mereka mengalahkan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, minggu depan.

Reds kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Manchester City selepas seri 0-0 dengan Everton, Ahad lalu.

Anak-anak buah Jurgen Klopp akan bertandang ke Munich, Khamis depan dalam aksi kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara selepas terikat 0-0 di Anfield, bulan lalu.

“Bunyinya mungkin agak gila, saya akan kata…Liverpool mampu bangkit dan mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika mereka menang ke atas Bayern Munich.

“Meraih mata di tempat lawan adalah satu kelebihan besar. Saya sentiasa percaya, Liverpool boleh menjuarai liga musim ini jika mereka mengharungi baki saingan dengan keputusan bersih.

“Sudah tentu, anda tidak bermain dalam sesuatu perlawanan untuk kalah tetapi Liverpool akan memiliki kelebihan besar kalau mereka boleh menang di Munich dan membuatkan semua orang melupakan apa yang sudah berlaku.

“City masih ada beberapa perlawanan Piala FA untuk diharungi, jadi Liverpool patut mengatasi mereka dengan lima atau enam mata di depan. Mereka boleh mengejar, peluang masih 50-50,” kata Neville kepada Sky Sports.

Pada ketika Reds sudahpun disingkirkan oleh Wolverhampton pada pusingan ketiga Piala FA, City masih bersaing dan akan bertandang ke Swansea untuk suku akhir, 17 Mac ini.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher pula percaya, Reds boleh menggunakan faktor kurangnya aksi domestik untuk merampas kembali kedudukan pendahulu Liga Perdana daripada City.

“Selain mempunyai perlawanan yang lebih banyak, City juga akan mengharungi beberapa perlawanan besar dalam enam aksi terakhir, termasuk meentang Tottenham, Manchester United dan Burnley di tempat lawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN