Kajian kohort pantau kesihatan penduduk Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Kajian kohort pantau kesihatan penduduk Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Kementerian Kesihatan bersedia untuk melaksanakan satu kajian kohort bersifat jangka panjang bagi memantau perkembangan kesihatan mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu kajian itu akan dilakukan dalam kadar segera sebaik sahaja pihak Kementerian Kesihatan memperoleh segala maklumat penting berkaitan pencemaran terhadap mangsa yang terlibat.

Katanya, inisiatif itu dilakukan disebabkan terdapat mangsa yang khuatir pendedahan kepada pencemaran toksik tersebut boleh mengundang kepada penyakit serius seperti kanser dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sebagai Menteri Kesihatan bersedia untuk melakukan satu kajian kohort terhadap kumpulan mangsa terlibat bagi memantau tahap kesihatan mereka dalam jangka masa panjang.

“Selepas kita dapat segala data berkaitan, kita akan teliti protokolnya, metodologi dan kenal pasti siapa penyelidik perubatan berkelayakan baru kita akan laksanakan inisiatif ini. Perkara itu lebih mudah kerana maklumat setiap mangsa sudah ada dalam pangkalan data kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Transformasi Penjagaan Kesihatan ASEAN 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini