Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM24.30 bilion daripada RM24.46 bilion pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam, ia menurun kepada RM16.61 bilion daripada RM21.89 bilion.

Terdahulu, BNM mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan empat tender Qard.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia turut menyemak semula tawaran konvensional semalaman kepada RM23.3 bilion daripada RM22.0 bilion.

Pada 4 petang, bank negara menjalankan tender pasaran konvensional berjumlah RM23.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM16.60 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 3.19 peratus, manakala kadar bagi satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini