Kabinet May buat ‘pusingan-U’ - Utusan Malaysia

Kabinet May buat ‘pusingan-U’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Mac – Dua menteri yang disebut-sebut bakal memainkan peranan sebagai ‘Perdana Menteri sementara Britain’ dan berpotensi dalam rancangan menggulingkan Perdana Menteri, Theresa May, secara tiba-tiba membuat ‘pusingan-U’.

Ini apabila mereka menyatakan sokongan kepada May.

BBC melaporkan, Setiausaha Alam Sekitar, Micheal Gove menyatakan sekarang bukan masanya untuk menukar ‘kap­ten kapal’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, tumpuan beliau kini adalah untuk mendapatkan sokongan maksimum kepada Perdana Menteri dan perjanjian Brexit.

Sementara itu, Menteri Pejabat Kabinet, David Lidington pula menegaskan beliau 100 peratus berada di belakang May.

“May melakukan tugas­nya dengan hebat, saya tidak mempunyai keinginan untuk mengambil alih (tugas) daripadanya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Brexit, Stephen Barclay berkata, pilihan raya mungkin terjadi sekiranya Ahli Parlimen mengundi pilihan yang tidak dimahukan kerajaan pada minggu ini.

Tambahnya, ahli Parlimen dijangka mendapat peluang untuk mengadakan satu siri pengundian penentu alternatif kepada ‘perjanjian Brexit’ May namun mereka tidak terikat.

Menurut jurucakap Downing Street, pelbagai perkara dibincangkan termasuk sama ada mereka akan mendapat soko­ngan mencukupi dalam undian ketiga mengenai ‘deal’ Perdana Menteri minggu ini.

Akhbar-akhbar sebelum ini mendakwa Kabinet sedang merancang rampasan kuasa Perdana Menteri yang bertujuan menggantikan dengan pe­mimpin sementara hingga pemilihan sebenar.

Ahli Parlimen Tory mungkin dengan berat hati kembali ke arah perjanjian Brexit jika mereka mendapat tahu May tidak akan bertanggungjawab dalam peringkat rundingan seterusnya dengan Kesatuan Eropah (EU) tetapi timbul persoalan siapa akan menggantikan beliau.

May sebelum ini mengalami tekanan untuk meletak jawatan pada minggu depan selepas beliau dipaksa meminta EU me­lanjutkan Artikel 50 dan dikritik kerana menyalahkan kelewatan Brexit disebabkan ahli Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini