LANGKAWI 29 Mac – Demonstrasi menyelamat tebusan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) mungkin nampak mudah berbanding persediaan bagi sesuatu pertunjukan aerobatik pesawat pejuang. Namun, sebenarnya ia menuntut komitmen yang tinggi setiap anggota keselamatan terlibat bagi memastikan hasilnya benar-benar memukau penonton selain mengelak kecelakaan. Malah, bagi juruterbang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia ), Komander Maritim Mohd. Ikmal Ridzuan, 38 berkata, anggota yang terlibat perlu kekal fokus dan bekerja keras selama beberapa minggu sebelum bermulanya acara. “Biasanya dalam setiap demonstrasi kami membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya