Jovic dijangka curi tumpuan menentang Jerman - Utusan Malaysia

Jovic dijangka curi tumpuan menentang Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 20 Mac – Bintang Eintracht Frankfurt meningkat naik, Luka Jovic berharap dapat mengekalkan prestasi terbaiknya apabila dia disenaraikan untuk menyarung jersi Serbia bagi menghadapi Jerman dalam aksi persahabatan, hari ini.

Jovic, 21, bakal membuat penampilan keempat bersama skuad kebangsaan negaranya itu di Wolfsburg namun bagi penyokong Frankfurt, dia sudah pun pemain bertaraf bintang.

Penyerang Serbia itu menjaringkan gol kemenangan di San Siro ketika Eintracht menewaskan Inter Milan 1-0 sekali gus menempatkan diri dalam lapan pasukan terakhri Liga Europa di mana Benfica menjadi lawan mereka seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jovic sudah meledak 15 gol dan mencipta enam gerakan gol dalam aksi liga sepanjang musim ini termasuk lima daripadanya dihasilkan dalam satu perlawanan ketika menentang Fortuna Duesseldorf pada Oktober lalu.

“Luka dapat menyesuaikan diri beraksi dalam Bundesliga dengan cepat. Saya bolah bandingkan dia seperti penyerang Barcelona, Luis Suarez.

“Dia boleh mengawal bola dengan baik serta memaham permainan. Dia sentiasa berbahaya kerana sentiasa menunggu peluang,” kata jurulatih Serbia, Mladen Krstajic.

Dipinjamkan dari Benfica pada 2017, Jovic membantu Franfurt untuk memenangi Piala Jerman pada tahun lalu selepas menewaskan Bayern Munich di pentas akhir kejohanan pada Mei 2018 sebelum namanya melonjak naik dalam bola sepak Jerman pada musim ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini