JAKARTA 9 Mac – Calon pilihan raya Presiden Indonesia 2019 (capres), Joko Widodo atau Jokowi menyifatkan fitnah mengenai beliau melarang laungan azan dan membenarkan pernikahan sama jantina sekiranya beliau terpilih sekali lagi sebagai Presiden negara ini sebagai sampah.
Detik News melaporkan, Jokowi menegaskan perkara itu ketika menghadiri majlis bacaan ikrar sokongan oleh Alumni Perguruan Tinggi dan Sekolah Menengah Atas Lampung di Bandar Lampung semalam.
“Kita tahu mana berita palsu, fitnah dan penipuan, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati, malah permasalahan ini bukan sahaja berlaku dalam media sosial, ia turut melibatkan dari pintu ke pintu, kampung ke kampung,” katanya. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











