JOHOR BAHRU 18 Mac – Jenazah Almarhumah Tengku Zanariah Tengku Ahmad selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini pada pukul 2 petang ini.
Almarhumah Tengku Zanariah mangkat pada usia 79 tahun.
Terdahulu, jenazah Almarhumah disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar turut berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir.
Berangkat sama, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid. – UTUSAN ONLINE











