Jenazah juruteknik MAHB, Allahyarham Mohd. Ruzaimi Iskandar selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah juruteknik MAHB, Allahyarham Mohd. Ruzaimi Iskandar selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Jenazah juruteknik Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor awal pagi kelmarin, selamat dikebumikan sebentar tadi.

Jenazah Mohd. Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor di sini pada pukul 5.45 petang selepas disolatkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah selepas solat Asar. 

Kira-kira 300 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan Allahyarham hadir pada majlis pengebumian tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.45 petang semalam di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor selepas dua hari dirawat di hospital berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi kelmarin itu, Mohd. Ruzaimi Iskandar cedera parah setelah kenderaan kejuruteraan yang dipandunya dilanggar sebuah pesawat jenis Bombardier Challenger 300 yang sedang mendarat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini