JDT patut menang ke atas Kedah - Utusan Malaysia

JDT patut menang ke atas Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 30 Mac – Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa terkilan selepas anak buahnya gagal melakarkan kemenangan meskipun mempunyai rentetan peluang menjaringkan gol dalam aksi Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Sehubungan itu, Luciano mahu pemain melupakan keputusan itu dan meningkatkan prestasi dalam aksi seterusnya selepas ini bagi melebarkan jurang sebagai pendahului liga.

“Saya rasa kita perlu menang malam ini setelah mencipta banyak peluang untuk mendapatkan gol. Kami dapat mengawal bola dengan baik namun tidak dapat menghasilkan gol, inilah bola sepak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun tidak mencapai kemenangan, saya bagaimanapun tetap berpuas hati dengan satu mata yang kami peroleh dan kami masih berada di puncak liga.

“Apa yang perlu sekarang adalah misi untuk pertingkatkan kekuatan dan corak permainan kita pada perlawanan seterusnya, dan pada masa yang sama mengelak untuk melakukan kesilapan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan tersebut semalam.

Dalam aksi semalam, harapam JDT untuk membenam Kedah tidak kesampaian apabila dua seteru utama itu sekadar melakar keputusan seri 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini