JDT kembali ke tangga teratas Liga Super - Utusan Malaysia

JDT kembali ke tangga teratas Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Mac – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas takhta Liga Super daripada Pahang selepas berpesta gol menewaskan PKNP 3-0 dalam perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.

Harimau Selatan dilihat kurang mengancam sewaktu memberikan tekanan kepada pasukan pelawat yang menduduki tangga kedua tercorot liga sebaik permainan bermula bagi mencari gol pembukaan.

Gol yang dinanti-nantikan penyokong JDT akhirnya muncul pada minit ke-27 menerusi jaringan Leandro Velazquez apabila memanfaatkan peluang terhidang dengan merembat masuk bola yang gagal dihalang penjaga gawang lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan kendalian Luciano Figeuroa itu menambah lagi dua gol pada babak pertama, kedua-duanya menerusi sepakan penalti selepas Diogo Luis Santo dikasari dalam petak penalti.

Diogo mudah memperdayakan penjaga gol lawan bagi menjaringkan gol penalti pertama pada minit ke-36 manakala penalti kedua disempurnakan Gonzalo Cabrera lima minit berselang.

Bersambung babak kedua menyaksikan PKNP terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ahmad Sukri Ab Hamid dilayangkan kad merah pada minit ke-74 namun JDT tidak menggunakan peluang itu bagi menambah jaringan sehingga tamat saingan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini