Jangan risau, Nabila okey - Utusan Malaysia

Jangan risau, Nabila okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUJIAN wajar diberikan kepada penyanyi Nabila Razali memandangkan muzik video lagu terbaharu berjudul Vroom Vroom sehingga kini telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 4 juta.

Namun, dalam kegembiraan yang mungkin dirasai oleh Nabila, sesetengah pihak merasakan seakan ada yang tidak kena apabila lagu tersebut tidak pula menjadi pilihan di stesen radio.

Kalau ada yang perasan, berbanding lagu Pematah Hati, Vroom Vroom seakan tidak mendapat perhatian untuk siaran di radio sedangkan jumlah tontonan muzik video dalam YouTube agak tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan tak ada air play langsung. Tapi setahu saya lagu itu tidak dimainkan di waktu puncak oleh stesen radio.

 

“Tak apalah, itu pun sudah cukup buat saya bersyukur sebab salah saya juga buat promosi sedikit lewat,” katanya.

Menjelaskan situasi, kata Nabila selepas lagu itu dilancarkan, dia kemudiannya berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Sekembalinya dari Mekah, dia berangkat pula ke Australia demi melaksanakan komitmen travelog Travel Like Local X Aussie terbitan Astro Ria.

“Apabila sibuk berada di luar negara, memang susahlah untuk saya fokus pada promosi lagu itu.

“Kalau nak cakap pasal ralat, tidak kot. Sebab pertamanya, saya mengerjakan umrah kerana sudah lama bernazar. Takkanlah tak pergi pula bukan?” katanya.

Tambah Nabila, dia tidak melihat ia sebagai satu isu pun kerana setakat ini berpuas hati dengan sambutan baik yang diterima daripada pendengar dan peminatnya.

Bahkan, katanya sebagaimana lagu Pematah Hati, Vroom Vroom juga mampu cepat mencuri hati dan halwa telinga pendengar kerana elemen segarnya.

“Ramai yang komen dalam Instagram atau berjumpa dengan saya mengatakan mereka suka lagu itu. Budak-budak pun suka dengar, kira okeylah tu?” katanya.

SUARA

Kini dikenali dengan panggilan Nabila , penyanyi ini mengaku tidak berkecil hati pun dengan panggilan orang terhadapnya asalkan tidak kedengaran biadab.

Bercakap mengenai kelakuan biadab, nampaknya masih tebal dalam ingatan Nabila mengenai isu apabila dia dikecam warganet dengan andaian memiliki suara ‘bodoh’.

“Saya faham kalau orang komen penyanyi ini perlukan latihan vokal lebih banyak atau sebagainya. Kalau orang itu betul ada adab, dia akan komen begitu.

“Bila tak ada adab, maka jadilah ayat suara macam bodoh tu. Adakah logik melabel suara sebagai sesuatu yang bodoh. Sebab itu saya tanya, suara bodoh tu macam mana ya?

“Kadang-kadang inilah masalahnya apabila seseorang itu suka mencari kesalahan orang lain. Perkara begini bukan sesuatu yang sihat pun,” katanya.

Menggalakkan pengguna media sosial untuk berfikir panjang dengan akal yang rasional sebelum memberi komen, Nabila sedar dia tidak perlu berusaha membuatkan semua orang suka padanya.

“Orang puji, saya terima kerana ia mampu memberi semangat. Kalau menegur pun saya terima kerana sebagai manusia, kadangkala kita tak tahu diri buat silap sehinggalah orang lain menegur.

“Suka saya atau tidak, terpulang pada diri masing-masing. Saya di sini akan tetap menghargai mereka yang menyokong muzik dan kerjaya saya,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini