Jangan harapkan Ronaldo - Santos - Utusan Malaysia

Jangan harapkan Ronaldo – Santos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON – Ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos mengakui pasukannya perlu mencatat kemenangan ke atas Serbia pada aksi Kumpulan B Kelayakan Euro 2020 awal pagi esok tidak kira sama ada Cristiano Ronaldo diturunkan atau tidak.

Portugal membuka kempen kelayakan dengan prestasi hambar selepas diikat Ukraine pada aksi pertama Sabtu lalu meskipun diketuai oleh Ronaldo.

Santos berharap anak-anak buahnya memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menja­ringkan gol selepas jentera sera­ngan skuad The Selecao itu dilihat tumpul biarpun dengan kehadiran Ronaldo.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini kami perlu fikirkan tentang bagaimana untuk mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya tidak kira sama ada Ronaldo main atau tidak.

“Kami perlu berfikir secara berkumpulan serta sebagai sebuah pasukan dan bukan hanya mengharapkan Ronaldo sahaja,” jelas Santos.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak bagi skuad Portugal dengan 85 gol serta merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di belakang pemain Iran, Ali Daei yang mengumpul 109 gol.

Bagaimanapun, bintang Juventus itu berdepan kemarau jaringan bersama Portugal selama sembilan bulan dan kali terakhir meledakkan gol ialah ketika menanduk masuk gol kemenangan pasukannya ke atas Maghribi dalam kempen Piala Dunia 2018.

Difahamkan, Santos mahu memberi peluang kepada pemain-pemain muda menagih pengalaman, namun masih tetap mengharapkan pengalaman pemain berusia 34 tahun itu bagi menjamin kemenangan pertama.

Selain Ronaldo, Santos juga mempunyai beberapa pilihan lain seperti penyerang Wolverhampton, Diogo Jota serta pemain muda Benfica, Joao Felix pada aksi bertemu Serbia nanti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini