KUALA LUMPUR 29 Mac – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. “Manakala, nama rasmi Raja Permaisuri Agong adalah Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya