Iskandar kandas di separuh akhir - Utusan Malaysia

Iskandar kandas di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Harapan perseorangan bebas negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk melangkah ke aksi final China Masters tidak kesampaian selepas dia terkandas dalam aksi separuh akhir hari ini.

Aksi di Lingshui, Hainan itu menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu tewas dalam aksi tiga set kepada wakil tuan rumah Liu Haichao 9-21, 22-20, 16-21.

Terdahulu, dalam aksi suku akhir yang berlangsung semalam, beregu lelaki profesional Chooi Kah Ming-Low Juan Shen gagal ke separuh akhir selepas tewas 14-21, 16-21 kepada pilihan kelima dan wakil tuan rumah, Di Zijian-Wang Chan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mengalami nasib sama apabila bekas pemain beregu kebangsaan, Tan Boon Heong, yang berpasangan dengan Kim Sa Rang, kalah kepada beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 17-21, 21-16, 16-21 pada perlawanan suku akhir.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini