IPGSM berhasrat jadi hub robotik - Utusan Malaysia

IPGSM berhasrat jadi hub robotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Besut 16 Mac – Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan (Ipgsm) Di Sini Berhasrat Menjadi Hub Robotik Zon Timur Bagi Merealisasikan Hasrat Melahirkan Masyarakat Terutama Golongan Pelajar Berkemahiran Tinggi Dalam Teknologi.

Pengarahnya, Dr. Mohamad Sidek Said berkata, menerusi penganjuran Mizanis Robotic Sumo Battle 2019, pihaknya berharap dapat mempercepatkan pembangunan dan perkembangan serta minat terhadap teknologi robotic di kalangan pelajar sekolah zon timur.

Katanya, menerusi pertandingan itu juga IPGSM berhasrat menjadi pelopor antara IPG-IPG di negara ini dengan buat masa ini IPGSM yang memberikan pendedahan dan latihan kepada bakal guru untuk diajarkan kepada murid.

Memuatkan artikel berkaitan…
PESERTA sedang tekun mengendalikan robot semasa pertandingan Mizanis Robotic Sumo Battle 2019 di In
PESERTA sedang tekun  mengendalikan robot semasa pertandingan Mizanis Robotic Sumo Battle 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan di Besut, Terengganu hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Ini kerana bidang robotik berkait rapat dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mendidik pelajar supaya lebih kreatif dan berinovasi sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mizanis Robotic Sumo Battle 2019 yang disertai 255 pasukan dari seluruh semenanjung dan juga Sarawak di IPGSM dekat sini hari ini.

Katanya, pertandingan itu menjadi platfom untuk IPG Kampus Sultan Mizan sebagai pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) robotic kerana tahap masyarakat pantai timur dalam bidang itu masih rendah.

“Sesuai dengan revolusi industri 4.0, bidang robotik yang memerlukan KBAT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di samping disiplin diri yang tinggi, IPGSM menyahut seruan KPM menajdikan golongan pelajar lebiih berinovasi dan kreatif, “ujarnya,

Pada masa yang sama jelasnya, apabila IPGSM menjadi hub robotik secara tidak langsung masyarakat termasuk pelajar mendapat lebih banyak pendedahan dan membantu mempercepatkan pembangunan teknologi baru di zon timur.

Dr. Mohamad Sidek berkata, selain KBAT, pengetahuan tinggi dalam ICT, pertandingan robotik ini memerlukan disiplin yang tinggi mampu memupuk muafakat menerusi gabungan tenaga dan fikiran peserta.

“Pertandingan ini walaupun mungkin dipandang dari sudut permainan dan dikira menang dan kalah semata-mata namun sebenarnya dari sudut melahirkan idea kreatif ia menjana sesuatu yang bernilai kepada pelajar,“ ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini