MILAN 11 Mac – Jaringan Lorenzo Insigne pada lewat permainan membolehkan Napoli mencuri satu mata berharga selepas mengikat Sassuolo 1-1 dalam aksi Serie A menyaksikan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu, Juventus. Kapten Napoli itu menjaringkan gol penyamaan empat minit sebelum tamat sekali gus menafikan jaringan Domenico Berardi yang dilakukannya pada minit ke-52 dalam aksi di Modena. Harapan Napoli untuk merangkul kejuaraan liga buat kali pertama sejak 1990 semakin pudar apabila Juventus melakar kemenangan kelapan berturut-turut dengan membelasah Udinese 4-1, Jumaat lalu. Dalam pada itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya