SHAH ALAM – Telefon bimbit yang digunakan saksi ketika merakamkan insiden membabitkan dua kenderaan bomba berlanggar semasa mengundur akibat diserang perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang, November tahun lalu, hilang semalam. Pemilik telefon yang juga saksi ke-22, Hardeeb Singh Jaswant, memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Koroner ketika Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah bertanya sama ada telefon itu dibawa ke mahkamah hari ini. Katanya, telefon bimbit jenis Iphone X itu hilang di tandas sebuah stesyen minyak ketika dia dalam perjalanan ke mahkamah untuk memberi keterangan. “Telefon saya hilang semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya