India dakwa Pakistan ada sembunyikan sesuatu - Utusan Malaysia

India dakwa Pakistan ada sembunyikan sesuatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 9 Mac – India hari ini menyifatkan Pakistan ada banyak yang mahu disembunyikan apabila menghalang pihak media masuk ke kawasan yang terkena serangan udara jet pejuangnya, minggu lalu.

Reuters melaporkan, pegawai keselamatan Pakistan kelmarin menghalang petugas media agensi berkenaan daripada mendaki bukit di timur laut Pakistan atas alasan kebimbangan keselamatan.

Jurucakap Kementerian Luar India, Raveesh Kumar berkata, keputusan Pakistan itu bermakna mereka ada banyak yang mahu disembunyikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Faktanya, Pakistan menolak wartawan daripada melawat kawasan tersebut bermakna mereka mempunyai banyak perkara untuk disembunyikan,” katanya ketika ditanya mengenai laporan Reuters tentang madrasah tersebut masih boleh dilihat menggunakan imej setelit resolusi tinggi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini