India belasah Poland tanpa belas kasihan - Utusan Malaysia

India belasah Poland tanpa belas kasihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Mac – Biarpun sudah mengesahkan tiket final lebih awal, namun India langsung tidak menunjukkan belas kasihan ketika membelasah Poland 10-0 dalam perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah esok membelasah Poland 10-0 di sini, hari ini. India melengkapkan lima perlawanan pusingan awal dengan mengumpul 13 mata serta 24 jaringan, sekali gus muncul pendahulu keseluruhan.

Lawannya dalam aksi akhir esok, Korea Selatan yang menduduki tangga kedua kumpulan dengan 10 mata, sedang beraksi menentang Jepun ketika ini.

Dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini hari ini, India mempamerkan penguasaan penuh apabila mendahului 6-0 sehingga suku kedua menerusi jaringan Vivek Prasad pada minit pertama diikuti Sumit Kumar (minit-7), Varun Kumar (minit ke-18), Surender Kumar (minit ke-19), Varun Kumar (minit ke-25) dan Simranjeet Singh (minit ke-29).

Memuatkan artikel berkaitan…

India menambah empat lagi gol pada suku ketiga dan terakhir menerusi Sharma Nilakanta (minit ke-36), dua gol Mandeep Singh pada minit ke-50 dan ke-51 dan Amit Rohidas menjaringkan go terakhir pasukannya pada minit ke-55. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini