Ibu kandung Qistina dicari - Utusan Malaysia

Ibu kandung Qistina dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Seorang wanita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak perempuan yang dijaganya bagi memudahkan proses pendaftaran anak angkat.

QISTINA BALQIS kini berusia enam tahun selepas ditinggalkan ibu kandung ketika berusia dua minggu.

Rohani Harun, 53 berkata, budak perempuan bernama Qistina Balqis itu ditinggalkan sejak berusia dua minggu oleh ibu kandungnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika diserahkan, wanita berkenaan berjanji akan mengambil kembali anaknya namun menghilang tanpa dapat dihubungi.Proses pendaftaran ini penting kerana tahun depan Qistina akan masuk ke sekolah.

“Bagaimana hendak daftar sekolah jika tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi penjaga Qistina di talian 019 3952889 atau 0126389272. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini