JELI 2 Mac – Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan cadangan supaya mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menerima pelepasan cukai sehingga sekurang-kurangnya RM200. Pengerusi Pertubuhan Muafakat Harapan Malaysia (Muafakat) Kelantan, Azran Deraman berkata, langkah tersebut dapat menggalakkan golongan itu memberi sumbangan kepada sekolah anak masing-masing. Secara tidak langsung katanya, ia mampu menyelesaikan masalah kekurangan dana yang sedang dihadapi kebanyakan PIBG di sekolah-sekolah…










