Hulu Terengganu tak akan dipinggir - Utusan Malaysia

Hulu Terengganu tak akan dipinggir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 21 Mac – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan sekali-kali meminggirkan daerah ini daripada arus pembangunan sebagaimana dinikmati daerah lain di Terengganu.

Beliau memberitahu, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan keperluan serta kehendak rakyat daerah berkenaan sekali gus menolak persepsi penduduk seolah-olah Hulu Terengganu agak terkebelakang berbanding kemajuan daerah lain.

“Kita (kerajaan) akan dengar serta cuba tangani pelbagai masalah yang dihadapi rakyat di daerah Hulu Terengganu ini, kita akan cuba bangunkan daerah ini sebagaimana di daerah lain di negeri ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar menyatakan perkara itu ketika menjawab pertanyaan penduduk dalam sesi dialog sempena program `MB Mari Kampung Kite’ yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini petang semalam.

Kunjungan beliau diiringi isteri, Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman diikuti Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; barisan EXCO Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan negeri.

Majlis itu berlangsung secara santai kira-kira lebih sejam bermula pukul 2.30 petang dengan Pengarah Institut Modal Ihsan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah bertindak sebagai moderator.

Program itu juga merupakan siri keenam selepas Besut, Setiu, Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini