Hukum saya seadilnya - Yusri - Utusan Malaysia

Hukum saya seadilnya – Yusri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Selepas lima perlawanan Liga Super, Kuala Lumpur masih gagal mendapatkan sebarang mata menyebabkan mereka terperosok di dasar liga dan itu membuatkan

jurulatihnya, Yusri Che Lah menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, pemainnya sudah menjalankan tugas dengan baik ketika menentang Selangor namun nasib tetap tidak menyebelahi skuad The City Boys.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yusri berkata dia bersedia mengadakan perbincangan bersama majikannya untuk menentukan sama ada khidmatnya masih diperlukan atau sebaliknya.

“Sebelum saya bercakap jujurnya, seandainya majikan fikir saya tidak layak untuk membawa pasukan ini, saya rela untuk berbincang dengan mereka. Masa depan pasukan lebih penting. Saya bukan nak perjuangkan masa depan sendiri tetapi Kuala Lumpur.

“Terima kasih kepada KLFA kerana memberi saya peluang dan ruang tetapi nampaknya nasib masih belum menyebelahi saya.

“Walaupun kemenangan hampir menjadi milik Kuala Lumpur namun inilah bola sepak dan terus terang saya kecewa dengan keputusan perlawanan ini. Saya terima dengan hati terbuka tentang masa depan saya, dengan apa tindakan yang majikan mahu ambil terhadap saya.

“Saya mohon untuk mengadakan perbincangan dengan majikan kerana saya masuk ke pasukan ini dengan cara yang baik jadi saya terima apa sahaja pilihan yang diberikan. Saya mohon jika mereka tidak mampu beri peluang kepada saya, hukumlah saya seadilnya.

“Sama ada saya diperlukan atau tidak, terpulang kepada majikan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Kuala Lumpur tewas 2-3 kepada Selangor di Stadium Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan KLFA mengadakan pertemuan bersama Yusri pada pukul 3 petang ini di Stadium Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini