Hologram alternatif kempen Jokowi-Ma’ruf - Utusan Malaysia

Hologram alternatif kempen Jokowi-Ma’ruf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Mac – Gandingan calon Presiden dan Naib Presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi dan Ma’ruf Amin menggunakan teknologi hologram sebagai alternatif menyampaikan misi serta visi sepanjang tempoh berkempen.

Menurut Pengarah Pasukan Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma’ruf, Benny Ramdhani, teknologi tersebut juga sebagai salah satu cara bagi kedua-dua pemimpin berkenaan menggerakkan kempen ke tempat yang tidak sempat dilawati menjelang pilihan raya Presiden (Pilpres) bulan depan.

Beliau turut melahirkan keyakinan kempen melalui hologram mempunyai daya tarikan tersendiri malah menarik sokongan pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Meskipun Jokowi dan Ma’ruf secara fizikal tidak berada di lokasi-lokasi terbabit, kita akan menggunakan teknologi hologram bagi mendekatkan kepada rakyat.

“Kempen hologram ini akan memberitahu visi dan misi Jokowi, apa yang sudah dilakukan lima tahun menjadi Presiden dan apa akan dilakukan lima tahun mendatang kepada masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, model kempen cara baharu itu sudah disiapkan bagi beberapa wilayah.

“Kita sudah menyiapkan 10 kenderaan untuk kempen hologram yang mana pasti melibatkan wilayah yang tidak sempat dilawati Jokowi-Ma’ruf.

“Selain itu bagi setiap daerah, kita akan mempertimbangkan penggunaan kempen hologram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini