KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki negara mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) tidak kesampaian selepas tewas 2-4 kepada musuh tradisi, India di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak sebentar tadi.
India yang merupakan pasukan ranking kelima dunia, memperoleh empat gol menerusi jaringan Sumit pada minit ke-17, Sumit Kumar (m-27), Varun Kumar (m-36) dan Mandeep Singh (m-58).
Malaysia pula terpaksa akur tewas buat kali pertama dalam kejohanan itu selepas sekadar berjaya meledak dua gol sahaja melalui Muhammad Razie Abd. Rahim dan Muhammad Firhan Ashari masing-masing pada minit ke-21 serta 57.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menghuni tangga ketiga dengan enam mata manakala India naik ke tangga kedua menerusi pungutan tujuh mata.
Esok, Malaysia akan meneruskan perlawanan keempat menentang pasukan di tangga pertama, Korea Selatan. – K! ONLINE











