LONDON 9 Mac – Pemimpin Nazi, Adolf Hitler dikatakan telah menyembunyikan beratus-ratus lori yang dipenuhi emas, karya seni yang dicuri serta barangan berharga telah disembunyikan di seluruh Poland.
Daily Mail melaporkan, seorang pegawai Nazi, Egon Ollenhaurer dalam buku catatan harian perang yang ditulisnya mendakwa Hitler telah mengarahkan 260 buah trak yang penuh dengan khazanah berharga tersebut disembunyikan di 11 lokasi di Poland.
Ollenhauer yang memainkan peranan penting dalam operasi tersebut telah bertindak sebagai pehubung antara pegawai Nazi yang lain dengan golongan bangsawan tempatan yang ingin menyembunyikan harta mereka daripada tentera Soviet.
Buku catatan harian perang yang berusia kira-kira 1,100 tahun itu disimpan di sebuah organiasasi Freemason d kota Quedlinburger, Jerman. -AGENSI











