KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pemain Jepun, Kazuki Higa terpaksa menunggu hampir setahun sebelum bergelar juara apabila memenangi Kejohanan Golf PGM Johor ADT dengan kelebihan enam pukulan di Palm Resort Golf Country Club di Senai, Johor, hari ini. Pemain berusia 23 tahun itu mencipta kemenangan kedua dalam siri Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dengan catatan tujuh bawah par 65 sewaktu pusingan akhir sekali gus membolehkan dia mengumpul jumlah keseluruhan 22 bawah par 266. Rakan senegara Higa, Naoki Sekito dan pendahulu semalam, Shintaro Kobayashi sekadar berkongsi tempat kedua dengan jumlah keseluruhan 272…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya