HHS minta sokongan DoD sediakan penempatan kanak-kanak pendatang - Utusan Malaysia

HHS minta sokongan DoD sediakan penempatan kanak-kanak pendatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 8 Mac – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah meminta Jabatan Pertahanan (DoD) untuk menyediakan ruang menempatkan lebih 5,000 kanak-kanak pendatang yang tidak diiringi ahli keluarga, keadaan yang disifatkan sebagai ‘krisis’ di sempadan dengan Mexico.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Jamie Davis berkata, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan (HHS) ‘meminta sokongan DoD untuk mengenal pasti ruang menempatkan kanak-kanak tersebut, jika diperlukan, sehingga 30 September ini’.

“DoD akan bekerjasama dengan perkhidmatan ketenteraan untuk mencari lokasi yang bersesuaian. DoD juga akan bekerjasama dengan HHS untuk menggunakan sebarang kemudahan jabatan atau tanah milik jabatan bagi menyediakan perlindungan sementara kepada kanak-kanak pendatang terbabit,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP), jumlah kanak-kanak pendatang yang ditahan ketika memasuki AS secara haram tanpa diiringi ahli keluarga mereka pada bulan lalu mencecah 6,825 orang, meningkat daripada 5,119 orang pada Januari dan 4,968 (Oktober lalu). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini