‘Hello,saudara’ ucapan akhir mangsa - Utusan Malaysia

‘Hello,saudara’ ucapan akhir mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGOTN 16 Mac- Salah seorang mangsa yang terbunuh dalam insiden serangan di dua buah masjid di New Zealand, mengucapkan “Hello, saudara” kepada penyerang beberapa saat sebelum beliau dibunuh.

Memetik laporan Al-jazeera, berdasarkan video yang dirakam secara live ketika serangan dilakukan, lelaki tersebut yang identitinya belum dikenalpasti didengari mengucapkan ayat tersebut kepada penyerang yang cuba memasuki pintu utama masjid berkenaan.

Beberapa pengguna media sosial menyanjung lelaki malang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ucapan tersebut adalah ayat terakhir yang diucapkan mangsa.

“Kata-katanya tenang dan penuh unsur kasih sayang. Jangan katakan kepada saya bahawa kebaikan dan kepercayaan terhadap keamanan adalah satu tindakan pengecut,” marah seorang pengguna Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini