#headscrafforharmony : Wanita bukan muslim NZ pakai selendang - Utusan Malaysia

#headscrafforharmony : Wanita bukan muslim NZ pakai selendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Hari ini genap seminggu tragedi serangan pengganas kulit putih terhadap dua buah masjid di New Zealand. Tragedi berkenaan mengobankan 50 jemaah Islam yang mahu menunaikan solat Jumaat.

Sebahagian wanita yang memakai tudung untuk menyatakan simpati
Sebahagian wanita yang memakai tudung untuk menyatakan simpati terhadap apa yang berlaku ke atas masyarakat Islam di New Zealand minggu lalu.-Media sosial

Selepas seminggu, hari ini laman sosial Twitter dilimpahi dengan tanda pagar #headscrafforharmony dengan wanita bukan Islam memakai tutup kepala sebagai simbol sokongan terhadap komuniti muslim di New Zealand yang terkesan dengan serangan tersebut.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Idea memakai tudung diilhamkan oleh seorang doktor di Auckland, Thaya Ashman. Dia menggalakkan wanita memakai selendang selepas mendengar seorang wanita terlalu takut untuk keluar kerana merasakan tudung kepala menjadikannya sasaran keganasan.

Saya mahu mengatakan: ‘Kami bersama anda, kami mahu anda merasa di negara sendiri, kami menyayangi, menyokong dan menghormati anda,” kata Thaya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini