KUALA LUMPUR 9 Mac – Beberapa hari selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kerjasama UMNO-Pas sebagai pengisytiharan perang kepada orang bukan Melayu, kini Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Kenyataan Kor Ming bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kerjasama UMNO dan Pas berjaya memerintah negara juga disifatkan hasutan yang melampau. Demikian penegasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib…










