TAIPEI 8 Mac – Seorang pelajar menjadi pekak sebelah telinga selama setahun selepas tertidur sambil mendengar muzik menggunakan fon telinga, di sini baru-baru ini. Oddity Central melaporkan, insiden itu didedahkan Jabatan Otorinolaringologi di Hospital Universiti Asia Taiwan yang merawat pelajar tersebut. Pengarah jabatan berkenaan, Dr. Tian Huiji berkata, pelajar itu datang ke hospital dan mengadu sebelah telinganya tidak dapat mendengar dan memberitahu dia mempunyai tabiat memakai fon telinga bagi mendengar…










