Gubal Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Utusan Malaysia

Gubal Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 20 Mac – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bercadang untuk menggubal Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk memperuntukkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan di bawah akta berkenaan.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini.

“Kita sebenarnya dalam proses hendak meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan hukuman yang lebih ketat. Kita akan adakan pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan perkara itu termasuk hukuman lebih berat bergantung kepada skala kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun ada undang-undang tapi tidak meningkatkan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar, ia tidak memberi apa-apa makna. Inisiatif kementerian kini ialah memperkukuhkan jentera penguatkuasaan jabatan dalam melakukan penguatkuasaan secara berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat kejadian kes pencemaran pembuangan bahan kimia secara haram ke Sungai Kim Kim di sini sebentar tadi.

Menurut Seksyen 34B akta itu, mana-mana individu yang didakwa dengan kesalahan, boleh didenda maksium RM500,000 dan dipenjara tidak melebihi lima tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini