KUALA LUMPUR 7 Mac – Tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama rasmi UMNO-Pas sebagai perisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu tidak ubah seperti tindakan bapanya, Lim Kit Siang yang memimpin DAP pada 13 Mei 1969 yang akhirnya mencetuskan rusuhan kaum terburuk dalam sejarah negara. Membangkitkan kebimbangan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan Menteri Kewangan itu boleh dianggap sebagai hasutan dan provokasi kepada orang…









