Guan Eng didesak letak jawatan - Utusan Malaysia

Guan Eng didesak letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 8 Mac  – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng perlu segera meletakkan jawatannya sebagai menteri kanan kerana tindakannya itu tidak mencerminkan kewibawaannya untuk berada dalam kerajaan.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, kenyataan biadab beliau itu mengenai gabungan UMNO dan Pas itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar menteri.

“Guan Eng tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini dan walaupun telah mengubah tajuknya tetapia ia tetap menggores perasaan umat Islam dan orang Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu kita mahu Guan Eng dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa atas kenyataan biadabnya yang cukup rasis,”  katanya.

SEBAHAGIAN daripada umat Islam yang mengadakan perhimpunan secara aman membantah kenyataan biadab Li
SEBAHAGIAN daripada umat Islam yang mengadakan perhimpunan secara aman membantah kenyataan biadab Lim Guan Eng berhubung isu kerjasama UMNO-Pas di pekarangan Masjid Al-Azim di Melaka selepas solat Jumaat sebentar tadi.  –  UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan aman yang disertai kira-kira 100 orang umat Islam selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang tidak berani mengambil tindakan terhadap menteri kanan itu.

“Kita hairan kenapa Guan Eng tidak didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 walaupun sudah banyak laporan polis dibuat terhadapnya,” tegasnya.

Sementara itu, Kamaruddin dalam ucapannya mendesak supaya tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa berhubung kenyataan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian kaum di negara ini.

“Kita kesal dengan DAP kerana mereka tidak menghormati kaum lain, kita mahu dia didakwa atau letak jawatan segera,” katanya.  –  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini